Monday, November 17, 2008

ANALISIS TAHAP KEEFISIENAN BANDAR DI KAWASAN AMPANG JAYA

Analisis ini dibuat berdasarkan kepada jumlah tertinggi pemilihan responden dalam setiap aspek yang dikaji. Ianya melihat kepada tahap ukuran bandar iaitu sangat efisien, efisen, kurang efisien, tidak efisien dan tiada komen.

1) EKONOMI BANDAR

Dari aspek ekonomi bandar, majoriti responden berpendapat bahawa ekonomi di bandar Ampang Jaya berada pada tahap efisien. Hal ini dapat dilihat pada aspek perkhidmatan swasta iaitu seramai 28 orang responden yang mengakui bahawa sektor merupakan tahap yang efisien dalam ekonomi di bandar Ampang. Begitu juga, dengan bidang pendidikan dan restoran yang mempunyai tahap kecekapan yang efisien. Hal ini disebabkan sektor swasta lebih memberi perkhidmatan yang lebih baik berbanding perkhidmatan awam.

2) KEMUDAHAN MASYARAKAT, UTILITI DAN SOSIAL

Berdasarkan kemudahan masyarakat, utiliti dan sosial, dapat dilihat pemilihan responden adalah pada tahap efisien iaitu dari aspek kemudahan kesihatan swasta dengan jumlah responden seramai 31 orang. Di samping itu juga, medan selera menjadi salah satu faktor yang memperlihatkan keefisienan pihak berkuasa tempatan di Ampang Jaya. Pemilihan ini mungkin disebabkan atas perkhidmatan yang disediakan oleh kemudahan kesihatan swasta lebih sistematik dan teratur. Begitu juga, medan selera menjadi pilihan responden kerana aspek penyediaan makanan yang boleh didapati dalam pelbagai jenis masakan dan kedudukan tempat medan selera yang agak strategik di tengah-tengah bandar serta keadaannya yang selesa dan bersih.

3) INFRASTRUKTUR DAN UTILITI

Bekalan elektrik menjadi salah satu faktor yang menunjukkan tahap keefisienan dalam infrastruktur dan utilliti di bandar Ampang. Seramai 30 orang responden berpendapat bahawa perkhidmatan bekalan elektrik yang disediakan kepada penduduk adalah efisien dan sempurna. Namun begitu, terdapat seramai 31 orang responden yang mengatakan bahawa sisa pepejal dan kutipan sampah yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan adalah tidak efisien. Hal ini mungkin kerana, kekerapan pemungutan sampah yang dilakukan adalah berada pada tahap yang rendah, di samping kadar pencemaran akibat lambakan sampah adalah tinggi.

4) REKABENTUK, IMEJ DAN LANDSKAP BANDAR

Jika dilihat pada tahap kecekapan dari aspek rekabentuk, imej dan landskap bandar pula, tahap efisien dan kurang efisien adalah seimbang. Berpandukan soal selidik yang dilakukan ke atas penduduk Ampang didapati bahawa seramai 23 orang responen mengakui bahawa rekabentuk bangunan kerajaan adalah efisien dan 23 orang responden juga memperlihatkan tahap kurang efisien terhadap aspek papan tanda dan billboard serta tempat-tempat kegunaan sivik dan kebudayaan. Hal ini mungkin kerana, bangunan kerajaan penting sebagai salah satu simbol kemegahan sesebuah bandar dan perlu direka dengan pelbagai bentuk yang menarik.

5) PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

Dari aspek pengangkutan dan perhubungan pula, tahap efisien dapat dilihat pada sistem pengangkutan LRT, ERL dan Monorel dengan seramai 30 orang responden yang menyatakan bahawa kemudahan pengangkutan tersebut beroperasi dengan sistematik dan memudahkan perjalanan orang ramai. Selain itu, bas dan teksi juga mencatatkan tahap efisien yang tinggi memandangkan perkhidmatan ini mudah didapati di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. Manakala tahap kurang efisien pula, menunjukkan laluan motosikal dan basikal adalah tidak begitu memuaskan.

6) PERDAGANGAN / PERKHDMATAN

Melalui aktiviti perdagangan dan perkhidmatan pula, tahap efisien menduduki ranking tertinggi sekali di Ampang. Keadaan ini diperlihatkan menerusi kegiatan perniagaan borong serta hospital dan klinik pakar persendirian. Selain itu, kawasan penjajaan dan pusat membeli-belah, hypermarket dan pasaraya juga berada pada tahap efisien iaitu hasil daripada yang dilakukan terhadap responden yang terllibat dalam soal selidik ini. Keefisienan ini mungkin disebabkan oleh kemudahan perkhidmatan yang disediakan di pusat-pusat membeli-belah, hypermarket dan pasaraya serta perniagaan borong menyediakan kelengkapan yang cukup dari pelbagai segi kepada orang ramai. Kawasan penjajaan juga mudah didapati di sekitar bandar Ampang dan menjual pelbagai makanan serta minuman yang lazat dan menepati citarasa pengunjung.

7) PERKILANGAN & PERINDUSTRIAN

Pada aspek perkilngan dan perindustrian pula, rata-rata responden memilih aspek ini sebagai kurang efisien. Seramai 23 orang responden mengatakan bahawa kemudahan infrastruktur merupakan tahap kurang efisien yang paling tinggi. Selain itu, pembangunan industri dan perkhidmatan juga mencatatkan jumlah kurang efisien iaitu seramai 18 orang responden. Hal ini mungkin disebabkan kekurangan peruntukan kerajaan tempatan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan asas bagi keselesaan penduduk.

8) PELANCONGAN DAN BUDAYA

Dari aspek ini, perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, teksi dan LRT menduduki tahap efisien dalam pelancongan dan budaya. Begitu juga perkhidmatan bagi mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran yang mencatat jumlah seramai 21 orang responden. Hal ini mungkin kerana, pengangkutan awam yang disediakan mudah didapati dan agak teratur dari segi sistem perjalanannya . Manakala, tahap kurang efisien dapat dilihat dari segi promosi pelancongan, agensi dan pemandu pelancong serta daya tarikan sejarah dan budaya. Tahap kurang efisien mungkin disebabkan oleh tiadanya inisiatif untuk mempromosikan kawasan-kawasan tempat pelancongan yang terdapat di bandar Ampang. Hal ini ditambah lagi, dengan kekurangan daya tarikan sejarah dan budaya yang menyukarkan lagi untuk mempromosikan tempat-tempat pelancongan yang menarik. Di samping itu, agensi dan pemandu pelancong juga kurang disediakan sedangkan kedua-dua ini adalah amat penting dalam menjalankan aktiviti pelancongan.

9) PERUMAHAN

Berdasarkan dari segi perumahan pula, majoriti responden memilih tahap efisien dari aspek perumahan kos sederhana, perumahan kos rendah, perumahan kos mewah serta lokasi kawasan perumahan. Keadaan ini disebabkan oleh keseimbangan dalam penyediaan perumahan terhadap penduduk yang bersesuaian dengan ukuran pendapatan mereka. Selain itu, lokasi kawasan perumahan yang dipilih juga agak strategik dan menepati citarasa penduduk.

10) KESELAMATAN DAN KAWALAN

Seramai 26 orang responden menyatakan bahawa aspek ini kurang efisien dari segi kecekapan yang dipertanggungjawabkan kepada RELA dan sekuriti swasta. Selain itu, tahap kurang efisien juga boleh dilihat pada keselamatan di pusat membeli-belah atau tempat awam. Hal ini mungkin kerana, kurangnya kerjasama daripada orang ramai dan pihak yang bertanggungjawab tidak begitu mengambil berat terhadap keselamatan orang ramai yang berada di tempat-tempat awam.

11) GOVERNANS

Tahap efisien dalam governans dapat dilihat pada aspek perkhidmatan agensi persekutuan, sistem pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) serta penguatkuasaan dan keberkesanan akta, perundangan dan peraturan. Keefisienan ini mungkin disebabkan oleh faktor peranan pihak kerajaan yang mentadbir kawasan Ampang.

12) ALAM SEKITAR

Pada aspek alam sekitar pula, jumlah tertinggi yang dicatat berdasarkan pandangan responden adalah kurang efisien. Keadaan ini dapat dilihat pada aspek kawalan banjir dan mudah tenggelam, kawalan dan peraturan penggunaan kawasan tanah tercemar ( tapak pelupusan) serta tindakan pihak berkuasa tempatan mengatasi masalah. Hal ini mungkin kerana, kekerapan berlakunya bencana banjir di kawasan Ampang dan keadaan ini menunjukkan ketidakcekapan pihak berkuasa tempatan dalam mengatasi masalah ini.

13) PERKHIDMATAN SECARA ONLINE / E-GOVERNANS

Dalam aspek ini, responden memilih tahap efisien dari aspek semakan status sewaan kemudahan awam, semakan penyata kompaun, semakan kompaun tempat letak kereta dan carian maklumat bil pelbagai. Hal ini mungkin disebabkan oleh perkhidmatan ini lebih mudah digunakan oleh penduduk terutamanya bagi mereka yang terikat dengan kesibukan kerja dan urusan-urusan lain. Kemudahan yang disediakan ini membantu orang ramai mendapatkan sesuatu perkhidmatan itu dengan cara yang mudah dan menjimatkan masa.







TANAH RUNTUH DI TAMAN ZOO ZIEW

Berlakunya runtuhan cerun dan tembok penahan berlaku pada 31 mei 2006. Satu jawatankuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Teknikal Bencana yang diketuai oleh JKR Malaysia cawangan Kejuruteraan Cerun bagi mengenalpasti punca kejadian dan langkah penyelesaian. Kerja-kerja pembaikan dilaksanakan oleh pemaju Platinum 88 Sdn. Bhd dan dipantau sepenuh masa oleh kumpulan IKRAM Sdn.Bhd.

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR

Setiap projek pembangunan yang telah mendapat kelulusan Majlis, dibuat pemantauan secara berkala sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Bagi aktiviti pembangunan yang tidak mematuhi syarat-syarat dan pelan kelulusan akan diambil tindakan merujuk kepada Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan Seksyen 70A Seksyen 71.
Sebanyak 1,444 aduan kerosakan infrastruktur diterima pada tahun 2006. sepanjang tahun tersebut sebanyak 1,164 pembaikan dan pnyelenggaaraan infrastruktur telah dilakukan. Jumlah ini merangkumi aduan yang diterima pada tahun sebelumnya.

Friday, November 14, 2008

Perumahan, Perindustrian, Perniagaan, Gerai dan Pasar

Penyediaan kemudahan asas oleh MPAJ bertujuan memberi keselesaan dan kemudahan kepada penduduk.

kawasan penempatan merupakan salah satu keperluan asas kehidupan. keperluan ini bukan sahaja dari segi meyediakan tempat berteduh tetapi ruang yang selesa kepada penghuninya terutama penduduk yang berkeluarga.

PERUMAHAN
  • rumah teres - 45,674
  • rumah pangsa murah -29,030
  • pangsapuri - 25,409
  • rumah kedai - 15,630
  • kondominium - 9,765
  • rumah berkembar - 1,921

PASAR DAN GERAI

  • gerai B.O.T (build, operate, transfer) - 376 unit
  • gerai statik - 153 unit
  • pasar malam - 49 unit
  • pasar siang - 1 unit
  • kompleks muhibbah - 1 unit

Antara lokasi pasar yang terdapat di kawasan Majlis adalah Bandar Baru Ampang, Pandan Jaya, Ampang Jaya dan Taman Melawati. Pasar siang terdapat di Kg.Pandan manakala Kompleks Muhibbah di Taman Nirwana.

Sunday, November 9, 2008

MPAJ sita rumah urut langgar peraturan

AMPANG JAYA terdapat Tiga premis rumah urut di sekitar Ampang di serbu MPAJ bersama JAIS pada 31 Oktober lalu kerana melanggar peraturan selain tidak mempunyai lesen yang sah.
Dua premis tersebut disita atas kesalahan tidak mempunyai lesen sah daripada MPAJ dan menyalahgunakan lesen yang diperoleh dengan membuka pusat hiburan.
Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, operasi itu tertumpu di tiga lokasi rumah urut sekitar Pandan Indah dan Pandan Jaya. Dalam pada itu, Norhayati dan pihaknya telah menjalankan operasi khalwat di sekitar Pandan Indah dan sepanjang Jalan Hulu Langat.
Bagaimanapun, MPAJ sentiasa menjalankan pemantauan dan pemeriksaan ke atas lesen-lesen yang telah dikeluarkan bagi memastikan ia tidak disalahgunakan.
KOSMO
RABU- 5 NOVEMBER 2008

Friday, October 31, 2008

PETA MUKIM AMPANG JAYA


PECAHAN GUNA TANAH

1) Hutan - 51%

2) Perumahan - 36%N

3) Kemudahan awam - 5%

4) Perindustrian - 1%

5) Perniagaan -3%

6) Rekreasi - 1%

7) Pertanian - 3%

PEGANGAN HARTA

JUMLAH : 154, 380 unit

Jenis Pegangan:

1) kampung (Rezab Melayu & tanah pertanian)
2) kampung ( bukan rezab Melayu)
3) kediaman
4) perniagaan
5) perindustrian