Wednesday, September 17, 2008

SEJARAH PENUBUHAN MPAJ


Majlis Perbandaran Ampang Jaya ditubuhkan pada 1 Julai 1992 dan diisytiharkan sebagai Bandar Bunga Tanjung pada 16 Ogos 1993.
Pecahan Gunatanah: Hutan - 50.7% Perumahan - 36.4% Kemudahan Awam - 5.2% Pertanian - 3.1% Perniagaan - 2.7% Perindustrian - 0.9%
MPAJ terletak dipinggir bandaraya Kuala Lumpur iaitu bersempadan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kajang.
Terletak di dalam dua pusat pentadbiran tanah dan daerah iaitu Daerah Hulu Langat dan Daerah Gombak. Ia meliputi keseluruhan Mukim Ampang, keseluruhan Mukim Hulu Kelang dan sebahagian Mukim Setapak.
Keluasan kawasan pentadbiran MPAJ : 14 350 hektar atau 35 458.9 ekar
Jumlah penduduk diseluruh kawasan MPAJ dianggarkan seramai 574,300 orang pada tahun 2007 (sumber dari Jabatan Perangkaan Malaysia) dan ianya merangkumi 12.7% dari keseluruhan penduduk di Negeri Selangor.