Saturday, August 2, 2008

Banjir...............

Di Sabah, kejadian banjir bukan merupakan suatu malapetaka yang sering berlaku pada setiap tahun. Ini adalah kerana jumlah hujan tahunannya melebihi 2030 mm dan taburannya tidak sekata. Kawasan yang menerima 2800 mm sepanjang tahun adalah di kawasan utara pantai barat Sabah. Kawasan-kawasan kaki bukit menerima hujan di antara 2000 hingga 2800 mm. Sementara kawasan yang menerima hujan kurang daripada 2000 mm setahun adalah kawasan Lahad Datu dan bahagian tenggara Banjaran Crocker. Oleh yang demikian kawasan pantai barat Sabah dan pantai timur Sabah, adalah antara kawasan yang banyak menerima hujan. Keadaan muka buminya yang rendah, menyebabkan ianya sentiasa mengalami masalah banjir sekiranya berlaku hujan lebat. Antara daerah yang sering mengalami masalah ini adalah Beaufort, Penampang, Papar dan Tuaran.